Wednesday, April 21, 2010

MIRZA SARA



My 1st precious princess was born on 12 February 2008 at 4.45 am HUKM Kuala Lumpur
weight 2.74 kg and height 47 cm....

7 bulan setengah mengandungkan Sara ini, sangat² lah mudah nya.Tak ada alah ke apa ker..semua ok.semua boleh bau..semua boleh lantak..macam tak peknen.Mengidam bukan² pun tak ada.Memang dipermudahkan oleh Allah segala² nya.Amin.




Sara pre-matured sbb time ni aku keje salesgirl.sangat aktif dan banyak jugak lah angkat mengangkat barang².. kata retail kan..

Pernah bleeding dan hampir miscarriage.. tapi rezeki aku ada.. dan umur Sara panjang, semua nya selamat...tapi pre-matured lah lahir nya.

Nak melahirkan kan nya pun tak susah...masuk wad kul 3pagi sbb bukaan 2cm.kul 430pagi dah 5cm...445 pagi..sudah selamat.Tapi sakit nya ada lah..sesak nafas jugak lah aku meneran... ha ha ha ha..

Tak cukup bulan.. plasenta melekat pada dinding rahim dan tercarik².. hampir 2 jam aku kat labour room macam ayam kena lapah... yang ini memang Nauzubillah SAKIT YANG AMAT!!! Pukul 700 pagi, baru selesai nursei² tu "mengerjakan aku". Tuhan aja yang tau.... huk huk huk huk...

Time tu..Sara macam tau jer..tak meragam langsung..tak dengar langsung suara dia.Menguit sikit jer..Buka mata..sambil isap jari..terus tido... Sian..2 jam tunggu susu ibu eh...
Aku selesai, ayah nya amik Sara dan qamat kan dia... Time ni rasa macam ado batu bertenggek kat bahu ni.Dapat anugerah dan tanggungjawab yang amat besar... mampu kah aku?? cam tu lah aku rasa time tu.

Satu pengalaman baru, perasaan baru dan segala-galanya baru. Sesuatu perasaan yang sangat sukar untuk di gambarkan dengan kata-kata.. Subhanallah.. itu sahaja yang aku mampu ungkap kan pada ketika itu.

Perasaan bercampur aduk antara gembira dan keinsafan yang amat sangat.Gembira kerana aku selamat melahirkan dan Sara selamat dilahirkan.Cukup sifat dan cukup sempurna kejadian nya.Alhamdulillah.Takut jugak kalau apa-apa.Tak tahu lah aku mampu ke tak nak hadap..

Insaf kerana sebelum ini aku ni degil dan suka melawan cakap mak.. hu hu hu hu hu.. patut lah Allah memberi darjat yang sangat tinggi pada wanita yang bergelar ibu... ermmmm macam ni rasanya rupa nya... memang berbaloi.. sesungguh nya Allah memang Maha Mengetahui.

No comments: